KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Bernama) -- Syarikat Pak Nor Satar dan
Otak-otak Enterprise, yang aktif dalam bidang pembuatan satar dan
otak-otak, memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk memantapkan
syarikat tersebut.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=917973
Published: December 28, 2012
Pengurus operasinya, Mohd Sahir Mohd Nor berkata pihaknya akan cuba
mendapatkan pinjaman dari beberapa agensi kewangan bagi mencapai
matlamat itu.
"Syarikat ini sekarang tidak berjalan dengan baik kerana masalah
kekurangan kewangan," katanya kepada Bernama, sambil menyatakan bahawa
wang itu diperlukan untuk menambah peralatan yang lebih moden bagi
memproses satar dan otak-otak selain menambahkan modal kerja.
Katanya ia juga sebagai salah satu usahanya untuk mendapatkan sijil
halal untuk meluaskan pasaran satar dan otak-otak ke pasaran global pada
masa depan.
"Sebelum menembusi pasaran luar negara, kami berharap satar dan
otak-otak kami ini akan memasuki pasaran di pasar raya dalam negara
ini," katanya, yang menjelaskan bahawa Syarikat Pak Nor Satar dan
Otak-otak Enterprise perlu menangani beberapa masalah terlebih dahulu.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment