Thursday, February 14, 2013

Peluang belia ceburi perniagaan

BERKELUASAN lebih 500,000 kaki per segi sekali gus mengetengahkan dua tema berbeza menjadikan pusat membeli-belah 1 Shamelin unik berbanding kompleks berhampiran. Pengurus Besarnya, Yeo Heng Heang berkata, memulakan operasi sejak November 2011, kini ia semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk sekitar khususnya.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/peluang-belia-ceburi-perniagaan-1.130622
Published: February 14, 2013

Yeo Heng Heang
                      Yeo Heng Heang

Menurutnya, menyediakan lebih banyak lot mikro, ia secara tidak langsung memberi peluang kepada golongan belia yang ingin menceburi bidang perniagaan memulakan operasi.

“Setiap lot mikro ditawarkan dengan keluasan 108 kaki per segi dan kebanyakannya adalah di tingkat satu hingga tiga.

“Berbeza dengan tingkat empat dan lima di mana ia melibatkan pembukaan lot besar dengan keluasan 115,000 kaki persegi seperti pasar raya besar TLC, panggung wayang, gimnasium dan karaoke,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya.

Heng Heang berkata, syarikat cuba memenuhi keperluan pengguna dengan menjadi pusat membeli belah komuniti sekali gus menawarkan kepelbagaian.

Menurutnya, selain itu, syarikat berhasrat menyediakan ruang eksklusif dengan keluasan lebih 12,000 kaki per segi untuk disewa bagi penganjuran majlis keramaian.

No comments:

Post a Comment