Tuesday, February 12, 2013

SKM perkukuh bisnes di Vietnam

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merancang terus memperkukuhkan kedudukan institusi koperasi di Malaysia menerusi kerjasama perniagaan antara koperasi Malaysia dan koperasi dari negara asing tahun ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SKMperkukuhbisnesdiVietnam/Article/index_html
Published: February 12, 2013

pix_topright

Ketika ini, SKM sudah mengenal pasti dua sektor yang berpotensi untuk menjalankan usaha sama berkenaan iaitu pelancongan dan sistem kewangan Islam, Ar-Rahnu. Pengerusi Eksekutifnya Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada pelan pelaksanaan yang diteruskan pihaknya untuk mengikuti agenda Dasar Koperasi Malaysia yang mana bagi menyasarkan peningkatan sumbangan gerakan koperasi kepada keluaran negara sebanyak 5 peratus menjelang 2013.

Beliau berkata, SKM telah menjalankan kerjasama kerajaan kepada kerajaan (G2G) dengan Vietnam dan kini mengenal pasti sebanyak 29 koperasi yang bakal menjalankan kerjasama perniagaan dengan koperasi yang terdapat di negara berkenaan di dalam bidang pelancongan.

“Kita juga melihat, Ar-Rahnu adalah salah satu cabang perniagaan yang boleh meningkatkan ekonomi koperasi di Malaysia dan sudah terdapat koperasi yang dikenal pasti untuk menjalankan usaha sama dengan pihak asing setakat ini.

“Selain itu, bagi memperluaskan lagi agenda pengukuhan ekonomi koperasi negara, SKM berhasrat untuk memperluaskan kerjasama dengan negara asing seperti Indonesia, Brunei dan Filipina. Namun, ia masih lagi di dalam perancangan awal untuk memastikan koperasi negara mampu meningkatkan perniagaan mereka bukan saja di peringkat tempatan malah ke negara Asean yang lain pada masa depan,” katanya kepada Bisnes Metro, di Kuala Lumpur.

Setakat ini, terdapat 10,100 koperasi yang berdaftar di bawah SKM yang mana ia terdiri daripada koperasi mikro (jumlah jualan tahunan kurang RM20,000), kecil (jumlah jualan tahunan dari RM200,000 hingga kurang RM1 juta), koperasi sederhana (jumlah jualan tahunan RM1 juta hingga kurang RM5 juta) dan koperasi besar (jumlah jualan tahunan RM5 juta dan ke atas).

No comments:

Post a Comment