Monday, June 17, 2013

Koperasi NSTP lulus dividen enam peratus

Melaka: Koperasi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) meluluskan pembahagian dividen enam peratus kepada ahlinya sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-45 yang diadakan diadakan di sebuah hotel, di sini, semalam.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KoperasiNSTPlulusdividenenamperatus/Article/index_html
Published: Jun 17, 2013

Pengerusinya, M Nasir Ramli berkata pemberian enam peratus dividen itu akan disalurkan kepada seramai 3,000 ahli koperasi yang dijangka dibayar sebelum sambutan Aidilfitri.

Beliau berkata, jumlah dividen diluluskan itu berdasarkan keuntungan pendapatan koperasi yang meningkat 52 peratus berbanding 2012.

“Dividen kali ini meningkat satu peratus berbanding lima peratus diberi pada ahli pada tahun 2011,” katanya di sini, semalam.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, Koperasi (Koop) NSTP mencatat keuntungan sebelum pembahagian sebanyak RM1,367,691 berbanding RM901,985 bagi 2011 iaitu peningkatan 51.63 peratus.

Sementara itu, M Nasir berkata lapan calon menawarkan diri untuk bertanding bagi mengisi kekosongan empat jawatan ahli lembaga koperasi yang kosong berikutan empat ahli lembaga pengarah sudah tamat tempoh.

Dalam pada itu, beliau berkata, koperasi akan berusaha membuat keuntungan untuk mencapai prestasi lebih memberangsangkan.

Sementara itu, dalam mesyuarat ahli lembaga koperasi selepas mesyuarat agung, perwakilan bersetuju melantik Mohd Fazil Abd Ghani sebagai pengerusi baru menggantikan M Nasir.

No comments:

Post a Comment