JOHOR BAHRU 22 Jun - Kerajaan negeri akan memperkenalkan Indeks Sosial Iskandar Malaysia sebagai salah satu cara menjaga keseimbangan di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia di Nusajaya.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130623/wj_02/Indeks-Sosial-Iskandar-Malaysia-diwujud
Published: Jun 24, 2013
MOHAMED Khaled Nordin bersalaman dengan sebahagian ahli
koperasi ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi
Melayu Pasir Gudang Berhad (KMPGB) Kali Ke-4 di Kompleks
Pusat Bandar, Pasir Gudang
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sistem
indeks tersebut amat penting bagi memastikan setiap lapisan masyarakat
di negeri ini mampu mengecapi segala limpahan ekonomi yang terhasil
daripada pembangunan di wilayah berkenaan.
"Iskandar Malaysia akan terus mengalami pertumbuhan ekonomi dari
semasa ke semasa dan saya tidak mahu ada golongan yang terpinggir
daripada menikmati kebaikan yang diperoleh kesan pembangunan yang
dilaksanakan.
"Ia bukan sahaja dari konteks hartanah bahkan peluang pekerjaan,
perumahan mampu milik, keselamatan awam, sistem pengangkutan yang lebih
baik, taman rekreasi dan sebagainya yang meliputi keseluruhan aspek,"
katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi Melayu Pasir Gudang (KMPG) di Kompleks Pust Bandar, Pasir
Gudang di sini hari ini.
Beliau berkata, keperluan mewujudkan sistem indeks berkenaan adalah
sebagai bahan pengukur kepuasan penduduk di wilayah terbabit bagi
memantau mutu kehidupan mereka.
"Ini adalah satu pendekatan yang saya praktikkan. Perlu ada perancangan terperinci sebelum dan selepas terhadap semua aspek.
"Maklum balas secara terus daripada penduduk di kawasan itu dan
segala ketidakpuasan hati mereka akan direkodkan dan diambil tindakan
segera supaya standard kehidupan di situ berada dalam kawalan terbaik
dan terjamin," katanya.
Pada masa sama, pihaknya juga sedang merangka projek penjanaan
pendapatan rakyat di 14 mukim supaya taraf kehidupan rakyat negeri ini
berada pada tahap yang lebih baik.
Mohamed Khaled berkata, projek tersebut akan dilancarkan tidak lama
lagi dan ia akan diselenggara serta digerakkan oleh koperasi yang
dilantik.
"Saya mahu pembangunan ini dirasakan seperti kepunyaan bersama oleh
setiap lapisan masyarakat, bukannya untuk golongan elit atau pihak
tertentu," katanya.
No comments:
Post a Comment