Wednesday, June 19, 2013

Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Menyediakan Sewaan Tapak Bazaar Ramadhan

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) menyediakan 40 tapak bazar Ramadhan di Dataran DDEC, Jalan Kia Peng untuk membantu usahawan kecil sekitar Lembah Kelang.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=956492
Published: Jun 19, 2013

Dalam satu kenyataan DDEC di sini Isnin, jualan Bazar Ramadhan DDEC itu akan mula beroperasi dari 11 Julai hingga 2 Ogos dari jam 4.00 petang hingga 7.30 malam setiap hari.

Bazar Ramadhan itu bertujuan membantu usahawan kecil menambah pendapatan dan untuk memupuk budaya keusahawanan di kalangan warga kota bagi meningkatkan tahap sosioekonomi melalui bidang perniagaan.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bazaar Ramadhan DDEC, sila hubungi pihak unit komunikasi korporat DDEC di talian 03-2161 9002.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment