KOTA KINABALU 11 Jun - Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) memberi jaminan untuk terus bekerja keras menarik lebih banyak pelaburan dalam fasa kedua Koridor Pembangunan Sabah (SDC).
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130612/wb_01/Sedia-beri-jaminan-tarik-pelabur
Published: Jun 12, 2013
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, sebagai agensi sehenti
yang melaksanakan kemajuan Sedia, pihaknya akan terlibat secara langsung
untuk menyertai pelbagai misi pelaburan dan perdagangan tajaan kerajaan
negeri dan Pusat seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
"Maklum balas daripada misi yang disertai oleh Sedia adalah sangat
menggalakkan dan mendorong minat pelabur dalam sektor yang dipromosikan
di bawah SDC seperti yang digariskan di bawah Agenda Hala Tuju dalam
bidang pelancongan, pertanian serta perkilangan," katanya ketika berucap
dalam mesyuarat Sedia kali ke-13, di sini semalam.
Musa yang juga Pengerusi Sedia berkata, agensi itu akan mengaktifkan
lagi usaha mempromosi perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS)
khasnya di kalangan masyarakat Bumiputera.
Menurutnya, Sedia bekerjasama dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) untuk meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera.
Sehubungan itu katanya, satu jawatankuasa urus setia bagi
merealisasikan tujuan tersebut telah ditubuhkan di bawah kawalan Sedia.
Jelasnya, urus setia itu akan memberi akses yang amat diperlukan
kepada dana pemudah cara kepada usahawan, selain menyertai
program-program yang dianjurkan oleh Teraju dalam meningkatkan lagi
perolehan dalam SDC.
Berdasarkan faktor tersebut, katanya, Teraju memperuntukkan RM100 juta untuk golongan usahawan Bumiputera yang berminat.
Selain itu katanya, Sedia juga mengadakan kerjasama dengan SME Bank
bagi membantu golongan usahawan PKS menerusi satu memorandum
persefahaman dalam menambah aktiviti ekonomi dalam SDC.
No comments:
Post a Comment