Thursday, June 20, 2013

Kerajaan Serah Sebuah Lagi KR1M Kepada Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia

PUTRAJAYA, 19 Jun (Bernama) -- Kerajaan hari ini menyerahkan sebuah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kepada Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia (KPA1M) di sini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=957292
Published: Jun 20, 2013

"Penyerahan KR1M di Presint 16 itu adalah yang kedua selepas KR1M Bandar Tun Razak di Cheras," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malik kepada pemberita selepas majlis perasmian dan penyerahan KR1M berkenaan.

"Setakat ini kedai tersebut dapat menghasilkan pendapatan sekurang-kurangya RM10,000 hingga RM12,000 sehari," katanya.

Hasan berkata, selepas ini akan diwujudkan tiga buah lagi KR1M yang diuruskan oleh KPA1M, bagaimanapun lokasinya masih belum dikenal pasti.

Pada sambutan Hari Pekerja 2012 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lima buah KR1M akan diserahkan kepada koperasi untuk diuruskan.

KPA1M ditubuhkan Februari tahun lalu oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, keuntungan perniagaan berkenaan dapat membantu koperasi mewujudkan skim pinjaman mudah kepada penjawat awam.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment