Monday, March 11, 2013

Promosi produk Muslim melalui Karnival Mahabbah IKIM.fm

JOHOR BAHRU 9 Mac - Karnival Mahabbah IKIM.fm membuka peluang kepada orang ramai mendekati usahawan-usahawan Islam kerana penganjuran program itu membantu golongan tersebut mempromosikan produk-produk mereka.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20130310/wj_03/Promosi-produk-Muslim-melalui-Karnival-Mahabbah-IKIMfm
Published: March 11, 2013

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata, karnival itu yang diadakan empat hingga lima kali setahun di pelbagai lokasi seluruh negara turut sesuai untuk seisi keluarga menambah ilmu sambil bersantai.

"Karnival Mahabbah Johor yang berlangsung sehingga 10 Mac ini adalah acara pembuka tirai Karnival Mahabbah IKIM.fm di seluruh negara. Saya difahamkan warga Singapura dan Batam turut menghadiri karnival yang diadakan untuk mendekatkan IKIM.fm dengan para ilmuwan, penggiat hiburan dan orang ramai.

"Kita bukan saja mahu mendekati peniaga-peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana beragama Islam, malah membantu mempromosikan produk mereka," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Mahabbah IKIM.fm Johor 2013 di pekarangan Plaza Angsana di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah Pusat Media IKIM, Nik Roskiman Abdul Samad dan Pengarah Urusan Institut Pembangunan dan Pengurusan Johor (IPPJ), Zamri Norani. IPPJ merupakan rakan kerjasama IKIM.fm sejak dua tahun lalu yang bertindak selaku pengurus acara.

No comments:

Post a Comment