KUALA LUMPUR 25 Mac - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd. (KATM) berada pada landasan yang betul untuk menjadi sebuah bank koperasi menjelang 2015.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/katm-komited-jadi-bank-koperasi-2015-1.143092
Published: March 27, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130326/ek_07/KATM-komited-jadi-bank-koperasi--2015
Published: March 26, 2013
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Brigedier Jeneral (B) Datuk Ahmad Zahudi Salleh berkata, sehingga hari ini, persediaan KATM untuk menjadi sebuah bank koperasi telah berada pada tahap antara 60 peratus hingga 70 peratus.
"Daripada segi kelayakan aset, kami sudah lama melepasi syarat tersebut di mana aset kami sudah mencecah RM2.3 bilion, sedangkan untuk menjadi sebuah bank koperasi aset wang anggota ialah RM300 juta.
"Kami sedang mengenal pasti di mana kelemahan dan kekuatan kami. Perancangan berjalan lancar di mana sistem, pengurusan sumber manusia dan tatacara kerja sedang diperkemas untuk menjadi sebuah bank," katanya.
Ahmad Zahudi berkata, KATM juga sedang mengenal pasti calon yang berkelayakan untuk menerajui bank koperasi tersebut.
"Kami nak pilih mereka yang berwibawa untuk menerajui bank ini dan untuk mendapatkan modal insan bukan senang. Kita juga sedang melakukan proses mencari bakat untuk mendapatkan yang terbaik," katanya lagi.
Ahmad Zahudi berkata, KATM juga sedang mempersiapkan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya sistem yang dilaksanakan kelak akan setara dengan sistem perbankan sedia ada.
"Kami berharap fasa pertama sistem tersebut akan siap menjelang akhir tahun ini," katanya, sambil menambah KATM juga sedang memperkemas kaedah operasi dan akaunnya untuk menepati Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (MFRS).
"Program transformasi ini, yang akan berakhir pada Julai 2014, ada empat modul utama yang kami kendalikan untuk mencapai keperluan undang-undang," kata Ahmad Zahudi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment