DUNGUN, 12 Mac (Bernama) -- Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) keempat di
Terengganu akan dibuka di Marang dan dijangka memulakan operasi sebelum
Jun ini, kata Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu Ab Ghani Harun.
Published: March 11, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=933922
Published: March 13, 2013
Tiga KR1M yang ada sekarang ialah di Kuala Terengganu, Pulau Serai di Dungun dan Binjai di Kemaman.
Katanya pembukaan KR1M itu kelak diharap dapat meringankan beban
penduduk sekitar Marang dalam mendapatkan pelbagai barangan keperluan
harian dengan harga yang murah berbanding harga pasaran.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas perasmian
Seminar Pengguna Bijak dan Penerangan Isu Harga anjuran Gerakan Pengguna
daerah Dungun di Majlis Perbandaran Dungun oleh Ketua Perhubungan Umno
Dungun Datuk Dr Rosli Mat Hassan di sini.
Mengenai seminar itu, Ab Ghani berkata ia adalah usaha PPDNKK dalam
memberi penerangan kepada orang ramai bagi memastikan mereka memahami
isu terbaru mengenai harga barangan di Malaysia.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment