KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Koperasi Angkatan Tentera Malaysia
Bhd (KATM) menyasarkan keuntungan bagi segmen pajak gadai Islam,
Ar-Rahnu KT, melebihi RM1 juta dalam tempoh setahun operasinya,
menerusi pembukaan lebih banyak cawangan Ar-Rahnu di seluruh negara.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=934111
Published: March 14, 2013
Pengerusi Koperasi Tentera Mejar Jeneral Datuk Paduka Che Hasni Che
Ahmad berkata, pada masa ini, Ar-Rahnu KT telah beroperasi di Sungai
Besi, Kuala Lumpur; Sungai Udang, Melaka; dan Kluang, Johor.
"Tahun ini, kami merancang membuka empat lagi cawangan Ar-Rahnu KT di Lembah Kelang dan kawasan Utara."
"Kami memperuntukkan RM300,000 untuk pembukaan sesebuah cawangan dan
dijangka selepas setahun beroperasi kami akan mendapat pulangan modal,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan Ar-Rahnu KT yang
pertama di Sungai Besi, di sini.
Che Hasni berkata, sejak beroperasi pada 5 Julai tahun lalu, Ar-Rahnu KT
telah menarik 1,000 pelanggan, di mana 65 peratus daripadanya adalah
orang awam dan selebihnya adalah di kalangan ahli koperasi.
Ar-Rahnu KT menawarkan pinjaman sehingga 70 peratus daripada nilai emas serta caj yang lebih rendah.
Selain produk Ar-Rahnu, Koperasi Tentera turut menawarkan produk insurans, pembiayaan peribadi dan pelaburan.
Koperasi Tentera ditubuhkan pada 1960 dengan jumlah 140,000 ahli dan
setakat hari ini, koperasi mempunyai aset bernilai RM2.3 bilion.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment