SUBANG JAYA, 8 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan
Maktab Koperasi Malaysia (MKM) mempunyai peranan besar memastikan sektor
koperasi menyumbang 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) menjelang 2020.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=933073
Published: March 10, 2013
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sektor koperasi kini
menyumbangkan 1.0 peratus kepada KDNK dan disasarkan meningkat lagi 9.0
peratus dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
Sehubungan itu, SKM perlu memahami kehendak semasa kira-kira 10,000
koperasi dengan tujuh juta ahli di seluruh negara ketika ini, katanya
kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga SKM dan MKM di
sini Khamis.
"SKM juga perlu menjadi agensi yang dapat membantu dan memudahkan
urusan ahli koperasi kerana merekalah yang menyumbang kepada pencapaian
sasaran berkenaan," katanya.
Menurutnya, kini sektor koperasi berada pada tempat ketiga, di belakang
sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan, untuk menyumbang kepada
KDNK.
Beliau juga meminta ahli-ahli koperasi untuk meningkatkan etika kerja supaya dapat mencapai unjuran 9.0 peratus tersebut.
"Diharapkan pelantikan Pengerusi Eksekutif SKM baharu, Datuk Nik Ali
Mat Yunus dan Ketua Pengarah MKM yang baharu, Dr Ahmad Zahiruddin Yahya,
dapat menyuntikkan semangat baharu dalam usaha mencapai sasaran
tersebut," katanya.
Yang turut hadir ialah bekas Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Md Yusof Shamsudin.
Pada majlis itu semalam, Ismail Sabri turut menerima sumbangan RM3,453
hasil kutipan Tabung Wira Lahad Datu yang disumbang oleh warga kerja SKM
dan MKM
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment