KOTA KINABALU, 10 Julai (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kawasan Banggi Datuk Abd Mijul Unaini dilantik sebagai Pengerusi
Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) yang baharu,
menggantikan ADUN Sekong Datuk Samsudin Yahya.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=962317
Published: July 11, 2013
Mijul, yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Ko-Nelayan,
menerima watikah pelantikan daripada Timbalan Ketua Menteri, yang juga
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Seri Yahya Hussin
pada satu majlis penyerahan di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah di
Luyang dekat sini.
Tempat Mijul pula diambil alih oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah
Datuk Awang Kadin Tang. Pelantikan itu berkuat kuasa mulai 1 Jun 2013
sehingga 31 Mei 2016.
Yang turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian
Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Ujang Sulani dan Pengurus
Besar Ko-Nelayan Datuk Masood Salleh.
Ko-Nelayan adalah satu agensi sosioekonomi kerajaan negeri yang memainkan peranan penting bagi memajukan masyarakat nelayan.
Koperasi itu, antara lain bermatlamat untuk memperbaiki kedudukan
ekonomi dan sosial masyarakat nelayan di Sabah, khususnya yang miskin,
memajukan dan membantu dalam penubuhan syarikat-syarikat kerjasama
nelayan, meningkatkan pengeluaran perusahaan perikanan dan
mempercepatkan kemajuan akuakultur dan menggalakkan cara-cara menangkap
ikan yang moden, progresif dan bertaraf perdagangan.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment