Tuesday, July 9, 2013

Ingin lahir satu juta usahawan

YAYASAN Al-Tarbiyah Malaysia menyasarkan untuk membantu melahirkan seramai satu juta pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ingin-lahir-satu-juta-usahawan-1.180450
Published: July 09, 2013

Ingin lahir satu juta usahawan
Ramlan (kanan) menyampaikan cenderahati kepada peserta program 
Mampan yang diadakan di Kuala Lumpur.

Pengarah program Memartabatkan Desa Melalui Produk Tempatan (Mampan) dan ahli jawatankuasa Yayasan Al-Tarbiyah Ramlan Harun berkata, sasaran itu diyakini dapat dicapai melalui penganjuran pelbagai program serta kursus kepada pengusaha IKS supaya mampu terus bersaing.

Mampan antara program dijalankan Yayasan Al-Tarbiyah yang menghimpunkan IKS dari seluruh negara, menjadikan program itu platform IKS tempatan untuk menjalin kerjasama dan promosi produk mereka.

“Melalui penganjuran program seperti ini, kami yakin sasaran Yayasan Al-Tarbiyah untuk lahirkan 1,000 usahawan berintegriti mampu dicapai menjelang tahun depan.

“Selain itu, program ini juga bermatlamat mendidik usahawan IKS supaya bersatu dan mewujudkan perpaduan kukuh antara mereka,” katanya ketika ditemui pada program Mampan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, fokus utama yayasan itu adalah untuk terlibat secara langsung dalam membangunkan ekonomi negara melalui pembangunan produk tempatan oleh usahawan IKS khususnya di desa yang dilihat sangat berpotensi untuk dipromosikan.

Ramlan berkata, buat masa ini, Yayasan Al-Tarbiyah memberi tumpuan kepada IKS dalam bidang penternakan dan pertanian kerana sektor itu dijangka berkembang di pasaran tempatan mahupun luar negara.

Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia ditubuhkan pada 2010, berfungsi menjalinkan hubungan dan kerjasama antara kerajaan dan organisasi awam serta  swasta untuk membentuk jaringan yang saling memberi manfaat.

No comments:

Post a Comment