Thursday, July 18, 2013

Langkah Kawalan Pinjaman Peribadi BNM Tidak Jejas Koperasi Kredit Negara - SKM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Langkah kawalan pinjaman peribadi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini tidak memberi kesan yang ketara kepada koperasi-koperasi kredit negara, kata Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=963776
Published: July 17, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LangkahBNMtidakberikesanbesar/Article/index_html
Published: July 18, 2013
Beliau berkata dasar itu berkemungkinan hanya bersifat sementara dan ia merupakan langkah terbaik dalam mengelak isu hutang isi rumah yang semakin meningkat.

"Kita masih dalam proses pelarasan, dan kini masih belum nampak koperasi-koperasi kredit mengalami masalah serius.

"Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar pinjaman yang tinggi, dan langkah BNM itu perlu dianggap antara kawalan positif dalam memberi kesan kepada kestabilan kewangan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran logo baharu SKM oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek, di sini.

Pada 5 Julai lepas, Bank Negara menetapkan tempoh maksimum pinjaman peribadi dihadkan kepada 10 tahun berbanding 25 tahun sebelum ini.

Bank pusat itu turut mengehadkan tempoh pinjaman pembiayaan pembelian rumah kepada maksimum 34 tahun berbanding 45 tahun sebelumnya.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment