Tuesday, July 16, 2013

Harga Emas Di India Melonjak Kepada RS28,000 (AS$467) Setiap 10 Gram

NEW DELHI, 15 Julai (Bernama) -- Harga emas di India dijangka melonjak sekali lagi kepada Rs28,000 (AS$467) setiap 10 gram menjelang akhir tahun dengan permintaan akan meningkat ekoran musim perkahwinan, demikian menurut satu kajian.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/global/harga-emas-di-india-melonjak-tinggi-1.182811
Published: July 16, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=963280
Published: July 16, 2013

"Harga akan bergerak antara Rs26,500 (AS$442) dan RM27,500 (AS$459) sebelum mencecah Rs28,000 setiap 10 gram sekitar November dan Disember," kata kajian yang dibuat oleh Persatuan Dewan Perdagangan dan Perindustrian India (Assocham) mengenai trend emas.

"Kami enggan bersetuju dengan pendapat sesetengah penganalisis yang menyatakan emas sudah hilang tarikannya berbanding ekuiti ekoran penambahbaikan di dalam ekonomi AS," kata kajian itu.

Malah, katanya, sekiranya andaian yang ekonomi AS telah semakin pulih betul, maka, akibat yang seterusnya ialah inflasi akan meningkat dalam ekonomi Amerika.

"Dan pada masa itu, emas akan sekali lagi dilihat tempat yang selamat jika dibandingkan dengan inflasi," kata kajian itu.

Kajian itu dibuat berdasarkan kepada maklumat daripada beberapa penganalisis domestik dan antarabangsa serta para pengurus dana dan urus niaga emas.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment