KOTA KINABALU 11 Julai - Gerakan koperasi di Sabah mencatat prestasi memberangsangkan dengan jumlah perolehannya sehingga 31 Mei lalu meningkat sebanyak 19 peratus iaitu RM279 juta, berbanding hanya RM235.7 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130712/wb_01/Perolehan-koperasi-meningkat
Published: July 12, 2013
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin berkata, bagi tempoh
sama, jumlah saham dan yuran anggota meningkat sebanyak 22 peratus
kepada RM88.8 juta berbanding RM72.8 juta sebelum itu.
"Nilai aset koperasi-koperasi juga meningkat sebanyak 15 peratus
kepada RM511.2 juta pada tempoh sama berbanding RM444 juta pada tahun
sebelumnya.
"Bilangan koperasi juga bertambah kepada 1,012 buah pada 31 Mei lalu
berbanding 902 buah pada 31 Mei tahun lalu, meningkat sebanyak 12.2
peratus," katanya yang merangkap sebagai Pengerusi Majlis Perundingan
Koperasi Peringkat Negeri Sabah (MPKN) semasa mempengerusikan mesyuarat
majlis itu di sini semalam.
Yang turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Maznah
Ghani yang juga Pengerusi Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad
(Kopeks) dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah, Umar
Sarim Saidin.
Tambah Yahya, peningkatan perolehan itu banyak disumbangkan melalui
program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang mendapat sambutan
menggalakkan terutama daripada koperasi berskala kecil di kawasan luar
bandar.
Katanya, sebanyak 43 kedai koperasi terlibat dalam Program Tukar dan
telah menjana perolehan hampir RM9.1 juta bagi tempoh Januari hingga 31
Mei lalu.
"SKM Sabah juga telah mengemukakan tambahan 22 buah koperasi untuk
dilaksanakan Program Tukar bagi tahun ini dengan dana dari SKM,"
katanya.
No comments:
Post a Comment