Friday, July 5, 2013

PKS tempatan disaran kunjungi pameran

Pengusaha industri kecil dan sederhana (PKS) di negara ini disaran mengunjungi Pameran Pemesinan Antarabangsa Malaysia 2013 Ke-24 bagi memperoleh maklumat terbaru berkaitan teknologi pemesinan.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PKStempatandisarankunjungipameran/Article
Published: July 05, 2013

Pameran yang berlangsung selama empat hari bermula semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur itu disertai lebih 400 syarikat tempatan serta luar negara.

Acara anjuran ES Event Management Sdn Bhd itu membabitkan penyertaan daripada syarikat yang mengeluarkan mesin dan teknologi baru untuk digunakan dalam industri pembungkusan, percetakan, getah, plastik dan peralatan mesin.

Ia dijangka dapat memanfaatkan peserta IKS yang sedang mencari teknologi dan mesin terbaik yang boleh digunakan untuk pengeluaran produk mereka.

Pengarah Urusan ES Event Management, Datuk Chong Chong Tik, berkata sebanyak 800 gerai pameran disediakan dengan jumlah keluasan pameran dianggarkan berukuran 16,000 kaki persegi dan ia dijangka menarik kunjungan seramai lebih 15,000 orang sepanjang ia berlangsung.

“Selain syarikat tempatan, pameran ini turut disertai oleh syarikat dari China, Taiwan, Hong Kong, Korea, Singapura, Indonesia, Thailand, India serta Eropah.

“Selain pengusaha IKS, pameran ini juga terbuka kepada mereka yang terbabit dalam industri pemesinan yang mana ia memberi peluang kepada pengusaha, pelawat dan pembeli untuk melihat teknologi pemesinan dan kemahiran terbaru yang digunakan di dalam industri,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian pameran berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

No comments:

Post a Comment