KUALA TERENGGANU 14 Jun - Sebuah pusat pengumpulan produk usahawan Felda dari 20 buah tanah rancangan di negeri ini yang dikenali sebagai pusat Satu Wilayah Satu Industri (Sawari) bakal dibuka bulan depan.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130615/wt_03/Sawari-bantu-pasar-produk-usahawan-Felda-Terengganu
Published: Jun 16, 2013
Penolong Pengurus Besar (Komuniti) Felda Wilayah Terengganu, Badariah
Che Omar berkata, pusat pengumpulan tersebut yang akan beroperasi di
Pejabat Felda Wilayah Terengganu dekat sini ditubuhkan bagi membantu
golongan usahawan berkenaan memasarkan produk-produk yang dihasilkan
mereka.
Katanya, sebanyak 2,762 usahawan Felda di seluruh negeri ini yang
mengeluarkan pelbagai produk makanan termasuk makanan tradisional
Terengganu serta produk kraf tangan mendapat manfaat daripada kewujudan
pusat pengumpulan itu.
"Kita telah pun mengambil pekerja untuk ditempatkan di pusat
pengumpulan produk berkenaan dan sebelum dibuka, kita akan hantar mereka
(pekerja) berkursus dahulu pada 21 Jun ini agar mereka dapat
menguruskan tempat itu dengan baik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival
Pembiayaan Usahawan dan Anugerah Usahawan Felda Wilayah Terengganu di
Pusat Latihan Felda, Kertih di sini baru-baru ini.
Pada majlis itu, Zakaria Mat Hassan, 57, yang bergiat dalam bidang
perniagaan perkakasan sejak 1995 telah dianugerahkan sebagai Usahawan
Jaya Felda Wilayah Terengganu bagi tahun 2012 yang membolehkan beliau
membawa pulang RM1,000.
Dalam pada itu, Badariah memberitahu, pihaknya berhasrat melahirkan
3,200 usahawan dari semua wilayah Felda di negeri itu sehingga hujung
tahun ini, selain berusaha membantu mereka dalam bidang keusahawanan
dengan menawarkan pinjaman.
Jelasnya, sejak 2002, Felda telah mengeluarkan bantuan pinjaman tanpa
faedah sebanyak RM5 juta kepada usahawannya, melibatkan 562 orang.
"Kita tidak pernah hadkan mana-mana usahawan Felda yang berkelayakan
untuk memohon pinjaman daripada Felda dan bagi pinjaman RM10,000 ke
bawah boleh diluluskan oleh Felda Terengganu manakala RM10,000 ke atas
akan diluluskan Ibu Pejabat Felda di Kuala Lumpur.
"Kita sentiasa mahu membantu dan membimbing usahawan kita sehingga
berjaya sama ada dengan kerjasama agensi lain seperti Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan dalam u
No comments:
Post a Comment