BERA, 19 Nov (Bernama) -- Skim perlidungan insurans berkelompok bagi
peniaga dan penjaja yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak menerusi Belanjawan 2013 pada Sept lalu, akan dilaksana Januari
ini.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=709831
Published: November 20, 2012
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121119/dn_17/Insurans-berkelompok-peniaga-penjaja-dilaksana-Januari
Published: November 20, 2012
Bagaimanapun, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, skim itu hanya untuk
peniaga dan penjaja yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).
"Tidak kira sama ada mereka penjual kuih, peniaga ikan atau nasi lemak
asalkan berdaftar dengan SSM akan diberikan perlindungan insurans
tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang 'durian
runtuh' kepada lebih 2,000 generasi kedua Felda gugusan Bera di Felda
Mayam, dekat sini, semalam.
Ismail Sabri berkata kerajaan turut menyasarkan pendaftaran sejuta
peniaga, sekali gus mereka layak diberi perlindungan insurans itu.
"Lebih 20,000 peniaga dan penjaja telah berdaftar dengan SSM setakat
ini, dan mereka yang belum lagi berdaftar segeralah berbuat demikian.
"Skim perlindungan insurans itu bertujuan memberikan perlindungan
kepada mereka dan ia meliputi bayaran kos perubatan kepada mereka yang
terbabit dalam kemalangan," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment