Tuesday, November 6, 2012

142.7 Kg Emas Disita Daripada Empat Syarikat Pengendali Skim Pelaburan Haram

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Sejumlah 142.7 kilogram emas serta wang tunai dan wang dalam akaun bank berjumlah RM101.92 juta disita dalam serbuan oleh pihak berkuasa ke atas empat premis syarikat yang disyaki mengendalikan skim pelaburan haram menggunakan emas.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=707204
Published: November 06, 2012

Bank Negara Malaysia, dalam kenyataan bersama dengan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menyebut rekod yang disita menunjukkan sebilangan besar bilangan pelabur telah membayar wang pelaburan namun belum menerima emas yang dibeli sebelum serbuan itu dilakukan, dan dalam kes tertentu, tempoh menunggu untuk mendapatkan emas adalah melebihi lima bulan.

Kenyataan itu juga menyebut agensi penguatkuasa menyedari kesukaran yang dialami pelabur terbabit dan sedang berusaha mengesan penyimpanan wang dan aset syarikat terbabit.

Sehubungan itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengesan aliran wang serta aset lain dan sebuah firma perakaunan antarabangsa turut dilantik secara sepenuh masa bagi membantu siasatan.

"Skop penyiasatan adalah bersifat antarabangsa. Dalam hubungan ini, agensi penguatkuasaan bekerjasama secara aktif dengan rakan sejawat di luar negara untuk mendapatkan bukti di beberapa negara lain bagi membantu penyiasatan," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment