Saturday, November 10, 2012

12 individu rugi lebih RM600,000 dalam pelaburan emas di Semenanjung

KOTA KINABALU 8 Nov. - Penduduk negeri ini dikesan turut terlibat dalam pelaburan emas menerusi syarikat yang berpangkalan di Semenanjung apabila seramai 12 individu tampil membuat laporan baru-baru ini mendakwa kerugian lebih RM600,000.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20121109/wb_04/12-individu-rugi-lebih-RM600000-dalam-pelaburan-emas-di-Semenanjung
Published: November 09, 2012

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Saiman Kasran berkata, setakat ini, pihaknya belum melakukan sebarang serbuan terhadap mana-mana syarikat yang disyaki menjalankan pelaburan itu di Sabah.

Menurutnya, pihak polis telah bekerjasama dengan dengan Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan pemantauan dari semasa ke semasa.

"Orang ramai dinasihatkan mengikut saluran sah sekiranya ingin melabur. Jangan mudah terpedaya dengan pelbagai skim yang mampu mendatangkan keuntungan dalam masa singkat," katanya di sini semalam.

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini... Mudah dan murah

No comments:

Post a Comment