Thursday, November 22, 2012

Koperasi Media Terengganu Beropersi Akhir Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 20 Nov (Bernama) -- Koperasi Media Terengganu Berhad yang ditubuhkan Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) akan memulakan operasi akhir tahun ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=710231
Published: November 21, 2012

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata ia diharap dapat menambah pendapatan ahli khusus dalam bentuk dividen menerusi perniagaan dan pelaburan.

"Impian Kawat untuk mewujudkan koperasi akhirnya terlaksana juga. Saya yakin Kawat mampu mentadbir dan mengembangkan koperasi ini setanding koperasi lain yang maju di negeri ini.

"Koperasi memainkan peranan cukup besar dan penting sekiranya ia dapat digerakkan secara total dan ditadbir urus dengan bijak menerusi rangkaian kerja yang berkesan dan sistematik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat kebenaran menubuhkan koperasi kepada Presiden Kawat, Ayob Mamat di sini pada Selasa.

Beliau menggesa koperasi tersebut menyertai sektor peruncitan dan pelancongan yang akan dibantu kerajaan negeri.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment