KOTA BAHARU, 1 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Kelantan mendapati 40 peratus daripada 650 koperasi negeri itu belum
mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=706158
Published: November 02, 2012
Sehubungan itu, Pengarahnya, Wan Mohamad Sabri Wan Harun meminta
koperasi yang belum bermesyuarat supaya berbuat demikian segera bagi
membolehkan mereka menghantar laporan sebelum akhir tahun ini.
Katanya jabatannya tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan
terhadap mana-mana koperasi yang tidak mematuhi peraturan itu.
Bercakap kepada Bernama, di sini hari ini beliau berkata mengikut Akta
Koperasi 1993, mana-mana syarikat koperasi mesti menghantar laporan
mesyuarat agung tahunan ke SKM pada atau akhir Disember setiap tahun.
Katanya mereka yang gagal berbuat demikian boleh diambil tindakan sama
ada dikenakan denda di mahkamah atau dikompaun mengikut Seksyen 39 akta
itu antara RM2,000 hingga RM5,000.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment