ALOR SETAR 12 Nov. - Sebanyak RM726.8 juta pendapatan berjaya
direkodkan oleh lebih 1,400 koperasi berdaftar di zon utara pada tahun
lalu berbanding RM435.1 juta pada penghujung tahun sebelumnya. Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Md.
Yusof Samsudin berkata, sehingga Jun lalu pula, sejumlah RM567 juga
pendapatan direkodkan oleh koperasi di zon berkenaan yang melibatkan
Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20121113/wu_05/Pendapatan-koperasi-zon-utara-lebih-RM700j
Published: November 14, 2012
"Pemilikan aset dalam kalangan koperasi zon utara juga telah
meningkat kepada RM2.1 bilion berbanding RM1.78 bilion pada akhir 2010,"
katanya pada majlis Sambutan Co-Op Fest Zon Utara 2012 di hadapan
Bangunan Tunku di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Kedah, Datuk Ku Abd. Rahman Ku Ismail.
Md. Yusof berkata, jumlah pendaftaran koperasi baharu pula
menunjukkan peningkatan setiap tahun sekali gus membuktikan pelbagai
lapisan masyarakat mengiktiraf peranan dan sumbangan sektor koperasi
yang secara langsung dapat meningkatkan taraf sosioekonomi anggotanya.
Menurut beliau, jumlah koperasi yang telah didaftarkan sehingga 31
Disember tahun lalu bagi zon utara ialah sebanyak 1,449 buah berbanding
hanya 1,345 buah pada akhir tahun 2010.
Katanya, SKM akan terus memacu pembangunan koperasi dengan
memperkenalkan beberapa inisiatif baru dalam membantunya mencapai
kegemilangan masing-masing.
"Usaha membangunkan koperasi tidak hanya tertumpu pada koperasi besar
tetapi turut merangkumi yang bersaiz sederhana, kecil dan mikro," ujar
beliau.
Sementara itu, beliau memberitahu, Program Transformasi Kedai Runcit
(Tukar) milik koperasi melepasi Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada 161
buah berbanding sasaran awal 140 buah di seluruh negara pada tahun ini.
Katanya, kedai koperasi yang terlibat dalam program itu diberi
bantuan sebanyak RM60,000 bagi pengubahsuaian dan kerja naik taraf
premis.
"Ketika ini SKM sedang memproses antara dua hingga tiga lagi
permohonan dari koperasi untuk menyertai Tukar. KPI tahun depan akan
diputuskan berdasarkan pencapaian tahun ini," katanya.
No comments:
Post a Comment