JERANTUT 18 Nov. - Koperasi sekolah disaran melaksanakan operasi perniagaan masing-masing sejajar dengan usaha transformasi pembangunan sekali gus menjadi pemangkin terhadap sektor ekonomi serta keusahawanan dalam kalangan pelajar.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121119/wp_02/Koperasi-sekolah-pemangkin-keusahawanan-pelajar
Published: November 19, 2012
Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Norazam Salleh berkata, koperasi berkenaan perlu bertekad untuk berdaya saing setaraf dengan koperasi lain yang terbabit dalam pelbagai bidang termasuk pelancongan.
"Bilangan koperasi dan penyertaan ahli semakin meningkat setiap tahun dan institusi ini antara penjana kedua dalam sektor ekonomi serta pertumbuhan keusahawanan.
"SKM bertanggungjawab terhadap penubuhan koperasi di sekolah dan berharap pentadbiran tersebut memainkan peranan proaktif menggalakkan penglibatan pelajar dalam koperasi di tempat masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penghargaan kepada Koperasi dan Lembaga Koperasi Sekolah Jerantut di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir Pegawai Pelajaran Jerantut, Adnan Abdul Kadir dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, Rusma Mat Tahar.
Dalam majlis itu, Adnan menyampaikan sijil penghargaan kepada Koperasi SMK Temin yang dipilih sebagai Koperasi Sekolah Terbaik peringkat kebangsaan tahun ini.
No comments:
Post a Comment