KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) - Gerakan koperasi di negara ini
disaran menerokai bidang baharu di pasaran antarabangsa bagi memantapkan
sektor berkenaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=963811
Published: July 17, 2013
Katanya sektor koperasi yang turut menyumbang kepada ekonomi negara
mampu menjana perolehan lebih besar sekiranya bidang baharu seperti
harta tanah, perdagangan dan pembinaan turut diceburi.
"Koperasi sedia ada banyak terlibat di peringkat dalam negara dan saya
harap mereka yang sudah berjaya dalam bidang tertentu seperti harta
tanah dan perumahan dapat meluaskannya ke luar negara kerana peluang di
peringkat antarabangsa lebih besar," katanya pada majlis pelancaran logo
baharu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Iftar Ramadan di sini
hari ini.
Mengulas mengenai kenaikan harga ayam yang mendadak, Hasan berkata
tindakan penguatkuasaan telah pun diambil termasuk mengenakan kompaun ke
atas peniaga yang didapati menaikkan harga ayam secara berlebihan
mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Beliau bagaimanapun berkata maklumat lanjut berkenaan isu itu sama ada
untuk diselesaikan dalam jangka pendek atau panjang akan diumumkan pada
satu sidang media, pada Jumaat.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment