Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/ContohiLTATjanakeuntunganpelaburan/Article/index_html
Published: July 23, 2013
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn berkata dasar LTAT yang jelas dan strategik adalah rujukan terbaik bagi memastikan industri pertahanan tempatan setanding dengan industri pertahanan luar negara. “Saya berharap agar LTAT terus menggembleng tenaga untuk meningkatkan pendapatan melalui sektor yang terdapat dalam industri ini, sekali gus menjadi penanda aras dan pemangkin kepada segala pihak terbabit,” katanya selepas majlis penyerahan Bas Berkonfigurasi Khusus oleh LTAT kepada Angkatan Tentera, di sini baru-baru ini. Sebelum upacara itu, Hishammuddin diberi taklimat mengenai program LTAT khususnya berkaitan prospek pelaburan dan inisiatif membantu syarikat yang dilaksanakan di bawah aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Sesi ini memberi gambaran jelas tentang teras utama LTAT dalam usaha menambah nilai dan membantu pihak berkepentingan terutama anggota angkatan tentera,” katanya. Bas terbabit adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan dilengkapi lif unik automatik yang tidak memerlukan penumpang kurang upaya turun daripada kerusi roda apabila turun dan naik dari kenderaan itu.
HISHAMMUDDIN mencuba lif unik automatik untuk penumpang orang
kelainan upaya (OKU) pada Majlis Penyerahan Kunci Bas Berkonfigurasi
Khusus kepada Angkatan Tentera di Kuala Lumpur, semalam.
No comments:
Post a Comment