Wednesday, July 24, 2013

SKM Sasar RM50 Bilion Perolehan Menjelang 2020

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yakin sektor koperasi mampu mencatat perolehan jualan dan perkhidmatan sebanyak RM50 bilion menjelang 2020.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KoperasimampuraihRM50bpada2020/Article
Published: July 24, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=965419
Published: July 24, 2013

Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata terdapat 10,600 koperasi berdaftar di seluruh negara pada masa ini dengan keanggotaan melebihi tujuh juta.

Beliau berkata pada tahun kewangan 2012, sektor itu mencatatkan perolehan sebanyak RM32 bilion, dengan sasaran pertumbuhan enam peratus tahun ini, katanya.

"Bagi mencapai sasaran perolehan RM50 bilion, sektor koperasi perlukan transformasi untuk menjadi sebuah konglomerat yang berdaya menembusi pasaran dunia serta berupaya mempelbagaikan perniagaan dan aktiviti komersil," katanya.

Nik Ali berkata demikian kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan serta pelancaran Peraturan-peraturan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan SKM bagi Kumpulan Wang Operasi(KWO) dan Kumpulan Wang Amanah (KWA).

Peraturan ini adalah selaras dengan kehendak Akta bagi memastikan urusan kewangan dan perakaunan KWO dan KWA dapat dilaksanakan secara sistematik dan efisien.

Beliau berkata peraturan ini terpakai mulai hari ini.

Ia adalah usaha SKM bagi memantapkan Suruhanjaya sebagai organisasi cemerlang selaras aspirasi Dasar Koperasi Negara, katanya.

Aplikasi dalam talian bagi kelulusan pembayaran honorarium, dividen dan kelulusan juruaudit swasta, turut dilancarkan pada majlis itu.

Aplikasi ini dibangunkan bagi membolehkan proses permohonan dan kelulusan honorarium, dividen dan audit, dapat dipercepat dan lebih mudah.

Koperasi dan Juruaudit boleh menggunakan permohonan secara dalam talian ini mulai 1 Julai lepas menerusi http://apponline.skm.gov.my

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment