Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bina1_000kilang/Article/index_html
Published: Jun 30, 2013
KBBB adalah entiti Lembaga Pembangunan Brunei bernaung di bawah Kementerian Sumber Industri Utama (MIPR) yang mencadangkan kepada pihak berkuasa Brunei untuk membangunkan empat projek mega di negara berkenaan iaitu pembangunan hab halal berkeluasan 400 hektar, projek landasan kereta api Trans Borneo (400 kilometer) yang membabitkan nilai pelaburan RM60.4 bilion, Bus & Coaches Trans-Borneo (RM3.2 bilion) dan Penerbangan Tambang Rendah Darulsalam Air bernilai RM6.3 bilion.
Hab halal itu dijangka dibangunkan tahun depan selepas mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Brunei dan mengunjurkan kemasukan pelaburan asing (FDI) dari Malaysia kira-kira RM1.2 bilion sekali gus menjadikannya pelabur terbesar di antara lima negara yang bakal membuat pelaburan menerusi pelaburan swasta iaitu China, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.
Menurutnya, untuk melaksanakan projek halal itu pihaknya sudah membuat kunjungan ke Malaysia bagi melihat aktiviti pembangunan halal yang dijalankan secara agresif di negara ini.
“Hab halal dan tiga projek lain akan dibangunkan oleh Majlis Perniagaan Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina dan East Asean Growth Area (BIMP-EAGA Business Council (BEBC Brunei Darussalam) selepas cadangan pembangunannya dijangka diluluskan tahun ini kerana ia adalah satu projek bersepadu dengan tiga projek mega lain.
“Kami melihat kerjasama diberikan kerajaan Malaysia bagi membangunkan hab halal ini sangat baik kerana ia bukan saja meningkatkan hubungan dua hala malah membangunkan ekonomi ASEAN menerusi sektor halal,” katanya kepada Bisnes Metro selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman bersama BIMP-EAGA Business Council Brunei Darussalam di sini, semalam.
Pembinaan 1,000 kilang Hab Halal ASEAN itu dijangka siap dibangunkan sepenuhnya termasuk kemudahan diperlukan oleh pemain industri halal dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang dengan memfokuskan kepada aktiviti pemprosesan makanan, pertanian, farmaseutikal dan kosmetik.
No comments:
Post a Comment