LANGKAWI, 15 Jun (Bernama) -- Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota
Mas) hari ini mengumumkan dividen sebanyak tujuh peratus melibatkan
RM6.9 juta bagi tahun 2012 kepada 20,000 anggotanya di seluruh negara.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=956282
Published: Jun 16, 2013
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kota-mas-umum-dividen-7-peratus-1.171682
Published: Jun 17, 2013
Pengerusinya, Ismail Nordin, berkata pembayaran yang diumumkan itu
meningkat sebanyak RM300,000 daripada RM6.6 juta tahun lepas.
"Kota Mas dapat mengekalkan prestasinya dengan pemberian dividen selama
lima tahun berturut-turut walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak
menentu," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Mesyuarat
Agung Tahunan Kota Mas ke-82 oleh Pengerusi TM, Datuk Seri Dr Halim
Shafie, di sini Sabtu.
Beliau berkata keuntungan itu dicapai menerusi aktiviti yang
dilaksanakan seperti skim pajak gadai Islam Ar-Rahnu, skim pinjaman
kepada anggota, pelaburan, pengendalian agensi pelancongan dan
perniagaan hartanah.
"Kita yakin dapat mempertahankan tahap pemberian dividen kepada anggota
dan menjangkakan (pembayaran dividen) Kota Mas dapat mencapai RM9 juta
pada tahun 2013," katanya.
Menurut beliau, Kota Mas sedang mengenal pasti beberapa peluang perniagaan untuk diceburi bagi meningkatkan pendapatannya.
Katanya Kota Mas, sebagai koperasi tertua di negara ini, pernah
memenangi beberapa anugerah termasuk anugerah kualiti Perdana Menteri
pada 2000 dan anugerah Hari Koperasi Malaysia pada 2003.
Selain itu, Kota Mas tidak melupakan kebajikan anak-anak anggota. Ia
telah menubuhkan tabung dermasiswa yang mengeluarkan sumbangan sebanyak
RM78,100 kepada 501 orang yang mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (USPR) dan Penilaian
Menengah Rendah (PMR).
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment