Thursday, June 27, 2013

Koperasi perlu lebih berdaya saing, proaktif

KOTA BHARU 26 Jun - Koperasi di negeri ini perlu lebih berdaya saing dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti yang mampu memberikan manfaat kepada ahli mereka.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130627/wt_05/Koperasi-perlu-lebih-berdaya-saing-proaktif
Published: Jun 27, 2013

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kelantan, Anuar Mohd. berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan koperasi berkenaan berkubur sekali gus menyebabkan ahli hilang kepercayaan.

"Di Kelantan kita mempunyai sebanyak 660 buah koperasi yang ditubuhkan namun tidak semuanya aktif terutama dari segi pengurusan.

"Ada segelintir hanya aktif di peringkat awal penubuhan kemudian senyap tanpa sebarang aktiviti yang boleh mendatangkan faedah kepada ahli mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, bagi memastikan perkara tersebut tidak berlarutan, SKM sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Anuar memberitahu, pihaknya juga bersedia memberikan tunjuk ajar kepada koperasi yang memerlukan bantuan bagi memastikan koperasi tersebut terus berdaya saing.

Katanya, kemudahan dalam bentuk geran dan pinjaman turut disediakan kepada pihak yang berminat.
"Bantuan yang kami berikan bukan dalam bentuk wang tetapi barangan mengikut keperluan yang diminta.

"Sebagai contoh, sebelum ini pihak kami ada membelikan sebuah ambulans untuk Koperasi Warga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan diberikan atas dasar keperluan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment