Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KoperasiTelekomumumdividen7_25peratus_/Article
Published: Jun 25, 2012
Koperasi Telekom Malaysia Bhd mengumumkan dividen 2011 sebanyak 7.25 peratus.
Pembayaran dividen itu membabitkan pengagihan berjumlah RM6.6 juta kepada 18,500 ahlinya.
Pengerusinya, Ismail Nordin, berkata dividen itu meningkat RM600,000 berbanding pembayaran tahun lalu iaitu RM6 juta.
"Pembayaran dividen kali keenam berturut-turut ini berdasarkan
pencapaian kewangan cemerlang koperasi berkenaan," katanya pada sidang
media selepas perasmian mesyuarat agung perwakilannya oleh senator Abdul
Shukor Sultan mewakili Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Mat Isa Sabu
di Langkawi, semalam.
Menurut Ismail keuntungan bersih koperasi tahun lalu meningkat 2.44 peratus pada RM8.8 juta berbanding RM8.6 juta pada 2010.
Katanya, keuntungan meningkat hasil sumbangan perniagaan Ar-Rahnu
diceburi Kota Mas sejak Jun 2011, di samping pengendalian program dan
kursus latihan, agensi pelancongan, barangan elektrik dan pengguna yang
menjadi sumber pendapatan teras sebelum ini.
Sementara itu, Abdul Shukor dalam ucapan perasmiannya berkata,
koperasi perlu lebih produktif, kreatif, inovatif dan cekap menghadapi
cabaran bagi memenuhi tuntutan ahli.
Pembabitan koperasi dalam bidang ekonomi bernilai tinggi terutama
aktiviti yang memberi nilai tambah boleh menjana kekayaan kepada
koperasi dan membantu pembangunan negara, kata Abdul Shukor.
Beliau yakin koperasi berkenaan yuran terkumpul melebihi RM98 juta
serta mempunyai aset bernilai RM123 juta, mampu berkembang lebih pesat.
– BERNAMA
No comments:
Post a Comment