Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_29.htm
Published: Jun 27, 2012
KUALA LUMPUR 27 Jun - Republik Guinea mahu mengaplikasikan kaedah dan
aktiviti koperasi yang dilaksanakan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia Berhad (Angkasa) ke negara berkenaan secepat mungkin.
Presidennya, Prof. Alpha Conde yakin kejayaan Angkasa dalam bidang
ekonomi dan sosial di negara ini boleh membantu negara itu khususnya
dalam pembangunan wanita dan pendidikan.
Sehubungan itu, beliau mahu Angkasa menghantar tenaga pakarnya ke
Guinea untuk melaksanakan program yang telah dilaksanakan di negara
ini.
``Saya percaya koperasi dapat membantu mempercepatkan pembangunan
sesebuah negara terutama dalam pembangunan sistem pendidikan,’’
katanya selepas menandatangani surat hasrat kerjasama koperasi antara
kerajaannya dan Angkasa yang diwakili oleh Presidennya, Prof. Datuk
Dr. Mohd. Ali Baharum oleh di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment