Sunday, June 17, 2012

Dua projek baru KSB

KOPERASI Shamelin Berhad (KSB) kini giat membangunkan dua projek pembangunan bercampur di Taman Shamelin Perkasa yang dijangka siap tiga tahun lagi.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DuaprojekbaruKSB/Article/index_html
Published: Jun 16, 2012

Bendaharinya, Dr Arriffin Mansor berkata, dua projek berkenaan iaitu Shamelin Star dan satu lagi belum diberi nama masing-masing mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM400 juta dan RM40 juta.

“Pembangunan Shamelin Star merangkumi pembangunan kediaman jenis kondominium dan lot komersial di kawasan seluas 1.2 hektar. Manakala, satu lagi projek pembangunan jenis sama seperti Shamelin Star dibina di kawasan seluas 0.4 hektar,” katanya.

Menurutnya, projek pembangunan itu dijalankan secara kerjasama dengan anak syarikatnya, KSB Hartanah Sdn Bhd dengan syarikat lain dan KSB akan meneruskan kerja penyelenggaraan selepas bangunan mula beroperasi melalui anak syarikatnya, KSB Selenggara Sdn Bhd.

“Kedua-dua anak syarikat KSB ditubuhkan bagi memantau kelancaran operasi perniagaan kami dalam sektor hartanah,” katanya.

Arriffin berkata, selain cabang hartanah KSB turut menjalankan operasi perniagaan pelbagai peringkat (MLM) melalui anak syarikatnya, Shamelin Bina Sdn Bhd yang memasarkan produk berasaskan manggis dikenali sebagai Mangostyn Juice.

“Pada 2010 hingga 2011, Shamelin Bina memperoleh pulangan sehingga RM20 juta dan berjaya melahirkan lebih 10 jutawan.

“Namun, pada tahun ini kami tampil dengan pasukan dan pelan pemasaran baru bagi membentuk lebih ramai jutawan dan membantu usahawan memperoleh pendapatan enam angka sebulan,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya dijangka akan tampil dengan produk baru dikenali sebagai Mangostyn Prebiotik Plus akhir bulan ini iaitu versi dipertingkat daripada Mangostyn Juice yang diperbuat dalam bentuk serbuk.

No comments:

Post a Comment