LANGKAWI, 18 Jun (Bernama) -- Koperasi Telekom Malaysia Bhd (Kota Mas),
koperasi tertua negara, akan membuka sebuah lagi cawangan perniagaan
pajak gadai Islam Ar-rahnu di Bangsar, Kuala Lumpur, pada September ini.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130618/ek_08/Koperasi-Telekom-buka-cawangan-Ar-Rahnu-di-Bangsar
Published: Jun 19, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=956796
Published: Jun 19, 2013
Pengerusi Kota Mas, Ismail Nordin berkata
pembukaan cawangan baharu itu berikutan sambutan menggalakkan yang
diterima cawangan pertama.
"Perniagaan pajak gadai Islam mencapai kejayaan cemerlang serta memberi
pendapatan baik yang dibuktikan oleh cawangan pertamanya di Pandan
Indah, Kuala Lumpur," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, selain menjalankan perniagaan pajak gadai Islam, Kota Mas turut menawarkan khidmat pinjaman kepada anggotanya.
Koperasi itu yang ditubuhkan pada 1922, mengumumkan dividen bagi 2012
sebanyak 7 peratus berjumlah RM6.9 juta pada Sabtu lepas, berbanding
RM6.6 juta pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment