JELEBU 28 Jun - Ahli koperasi disaran merebut peluang perniagaan yang lebih berpotensi agar kemudahan yang disalurkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dapat dimanfaat sebaik-baiknya.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130629/ws_04/Ahli-koperasi-digesa-rebut-peluang-perniagaan
Published: Jun 30, 2013
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat
berkata, kemudahan yang diberikan SKM dapat membantu memantapkan lagi
koperasi terutama dari segi menjana sumber kewangan serta pemilikan
harta.
''Peluang ini perlu direbut bagi memastikan koperasi dapat
memperkembangkan perniagaan pada masa sama menjana keuntungan untuk
dimanfaatkan bersama ahli.
''Oleh itu jangan sia-siakan peluang yang disediakan kerajaan yang
sememangnya berhasrat untuk membantu rakyat ke arah meningkatkan
pendapatan," katanya pada perasmian mesyuarat agung tahunan ke-36
Koperasi Pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bekalan Air
Jelebu Berhad.
Dalam pada itu, Yunus mencadangkan agar koperasi masjid ditubuhkan di
daerah ini kerana masih belum ada koperasi sedemikian diwujudkan di
daerah terbabit.
''Koperasi masjid ini hanya memerlukan 50 orang ahli di mana mereka
boleh melibatkan ahli jemaah, jawatankuasa masjid dan kampung,"
''Biasanya koperasi masjid akan menjalankan aktiviti perniagaan,
kedai runcit dan sebagainya di mana kemudahannya boleh diperoleh dari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK).
"Sekurang-kurangnya ahli jemaah masjid dapat menggunakan kemudahan
tersebut untuk membeli barangan pada masa sama menjana keuntungan untuk
dikongsi bersama kelak," jelasnya.
No comments:
Post a Comment