BESUT, 4 Feb (Bernama) -- Tiga puluh masjid di Terengganu kini mempunyai Koperasi Kariah Masjid di kawasan masing-masing.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=925845
Published: February 05, 2013
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu Wan Mohd Sabri
Wan Harun berkata penubuhan koperasi itu secara tidak langsung dapat
menambah tabungan masjid melalui aktiviti yang dijalankan antaranya
membuka kelas bimbingan dan membuka kiosk jualan cenderahati dan ibadat.
"Berdsarkan kesedaran kariah masjid mengenai kepentingan penubuhan
koperasi, kami yakin lebih banyak masjid akan menubuhkannya tahun ini,"
katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, Wan Mohd Sabri berkata sebanyak 523 koperasi yang aktif
di negeri ini berjaya mencatat keuntungan berjumlah RM18 juta sepanjang
tahun lepas melalui pelbagai kegiatan yang dijalankan.
Beliau berkata kini terdapat 236,536 ahli koperasi di seluruh negeri.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment