Friday, February 22, 2013

Kini masa beli emas - Habib Jewel

RAKYAT Malaysia tidak perlu risau dengan kejatuhan harga emas kerana ini adalah masa terbaik untuk membeli barang kemas bagi tujuan perhiasan mahu pun sebagai aset simpanan dan pelaburan.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kini-masa-beli-emas-1.133406
Published: February 22, 2013

Kini masa beli emas
Meer (tiga, kiri) bersama barisan artis yang memperagakan 
koleksi terbaru Habib, Oro Italia 916, di majlis pelancarannya di Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Habib berkata, harga emas tidak akan turun disebabkan faktor domestik seperti pilihan raya kerana ia bergantung kepada harga antarabangsa serta disokong permintaan terhadap barangan itu oleh masyarakat seluruh dunia.

Menurutnya, harga emas tidak ditentukan melalui harga barang kemas semata-mata tetapi turut dinilai sebagai instrumen kewangan oleh sesetengah institusi perbankan seperti Bank Negara Malaysia.

“Sekarang adalah masa paling sesuai untuk melibatkan diri dalam pemilikan emas kerana kepelbagaian potensinya.

Sejak 12 tahun lalu, harga emas mencatatkan peningkatan dengan pertumbuhan baik setiap tahun,” katanya pada majlis pelancaran Koleksi Oro Italia 916 Habib di Kuala Lumpur, semalam.

Untuk memenuhi pasaran tempatan, Habib menghasilkan emas berlian dengan teknologi tinggi dan rekaan cantik melalui pelancaran koleksi tersebut.

Semalam, harga emas dicatat pada AS$1,560 (RM 4,854) setiap 28.35 gram berbanding tahun lalu di mana emas mencatatkan harga setinggi AS$1,945 (RM6,052) bagi setiap 28.35 gram.

Meer berkata di samping emas, Malaysia adalah lokasi terbaik untuk memiliki berlian kerana ia tidak dikenakan cukai serta harga munasabah.

No comments:

Post a Comment