KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Sejumlah 71 koperasi kini menunggu
kelulusan untuk melaksanakan Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu), kata Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/71-koperasi-tunggu-kelulusan-laksana-ar-rahnu-1.131288
Published: February 15, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=927957
Published: February 15, 2013
Beliau berkata permohonan 71 koperasi itu akan diluluskan jika tiada
masalah mengikut keperluan dan syarat garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Pembiayaan untuk koperasi terbabit dijangka mencecah RM1 bilion,
katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Garis Panduan Aktiviti
Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu), di sini Khamis.
Antara syarat dalam garis panduan itu ialah RM500,000 kumpulan wang
anggota, tadbir urus yang baik dan dibenarkan melaksanakan aktiviti
Ar-Rahnu, katanya.
"Pada 2012, pembiayaan 51 koperasi yang terlibat dalam aktiviti
Ar-Rahnu berjumlah RM520 juta dan jika 71 koperasi yang masih dalam
proses dan dapat diluluskan tahun ini, pembiayaan tersebut boleh dua
kali ganda jumlahnya," kata Ismail Sabri.
"Daripada jumlah 51 koperasi tahun lepas, kini sebanyak 27 koperasi
telah melaksanakan aktiviti Ar-Rahnu secara persendirian, manakala 24
koperasi lagi menjalankan secara francais menerusi skim Ar-Rahnu
X'Change Bank Rakyat," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment