LONDON 15 Feb. - Permintaan terhadap emas dunia tahun lalu jatuh buat kali pertama sejak 2009, didorong oleh penurunan pembelian barangan kemas di Asia serta kemerosotan aktiviti pelaburan ke atas emas di negara-negara barat, menurut Majlis Emas Dunia (WGC).
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130216/ek_02/Permintaan-emas-jatuh-tahun-lalu
Published: February 17, 2013
WGC yang ditaja oleh pemain industri emas semalam menjelaskan, permintaan emas pada 2012 menurun empat peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 4,405 tan.
Majlis itu menjangkakan paras permintaan emas tahun ini mampu mengatasi tahun 2012, tetapi peningkatan itu hanya melibatkan peratusan yang kecil.
Jelas mereka lagi, agak sukar permintaan emas untuk kembali kepada paras yang tertinggi seperti mana ketika berlakunya krisis hutang dunia pada 2009.
Harga emas didagangkan sekitar AS$1,625 (RM5,037.5) dan AS$1,695 (RM5,254.5) seaun tahun ini. Namun, ia dijangka kembali meningkat.
Menurut WGC, secara purata harga emas telah jatuh 1.4 peratus sepanjang tahun ini. - REUTERS
No comments:
Post a Comment