Thursday, September 20, 2012

Malaysia Miliki Lebih 9,000 Koperasi Dengan Aset RM92.8 Bilion

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=695935

Published: September 20, 2012

SIBU, 20 Sept (Bernama) -- Sekalipun memiliki aset bernilai RM92.8 bilion dengan keanggotaan 7.4 juta orang, sektor koperasi di negara ini masih gagal mencapai kemajuan memberangsangkan dari segi sumbangan ekonomi negara.

Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Idris Ismail berkata ini kerana masih ramai menganggap sektor itu hanya institusi sosial berprofil rendah, bukan instrumen ekonomi berpotensi besar.

"Pemimpin dan anggota koperasi masih lagi tidak dapat melihat kepentingan untuk mengamalkan dan menjiwai budaya serta ciri-ciri keusahawanan yang sebenar," katanya pada majlis Bicara Tokoh Usahawan: Perkongsian Rahsia anjuran MKM Sarawak, di sini Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah MKM Sarawak Ngadi Robin.

Idris berkata dengan lebih 9,000 koperasi didaftarkan setakat Disember lepas, sektor itu harus mencontohi gerakan koperasi di Norway dan Finland yang memainkan peranan dominan dalam industri tenusu dengan mengeluarkan lebih 96 peratus daripada jumlah pengeluaran susu negara berkenaan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment