KUALA LUMPUR 21 Sept. - Sejumlah 37 syarikat skim pelaburan emas
didapati tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan Bank Negara
Malaysia (BNM) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120921/ek_04/Bertindak-ke-atas-syarikat-skim-pelaburan-emas---PPIM
Published: September 23, 2012
Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr
Izham Nayan semasa membuat gesaan itu mendakwa sindiket pelaburan emas
hendaklah dipantau lebih rapi serta diambil tindakan segera agar tidak
lagi mengambil wang pelaburan secara haram.
"Demi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kerakusan sindiket
penipuan ini, PPIM menggesa BNM mengambil tindakan segera ke atas
syarikat pelaburan emas yang tidak berlesen ini.
"Kami berharap sindiket penipuan ini dapat dibendung dan wang
pelaburan para pendeposit dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita
di sini, hari ini.
Sementara itu, Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berkata
perkara ini boleh mencetuskan pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang
teruk kepada orang ramai jika tidak dipantau dengan rapi.
"Pihak BNM perlu mengambil tindakan segera kerana ianya bukan sahaja
akan menyebabkan pelabur kerugian besar bahkan masalah kepada sistem
ekonomi dan sosial negara," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment