Wednesday, September 19, 2012

AMANAH Ikhtiar Malaysia - 12 Sahabat jutawan

AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) akan terus memperkukuhkan mikro kreditnya apabila menyasarkan dapat menyalurkan pembiayaan sehingga RM1.8 bilion dalam tempoh dua atau tiga bulan ini memandangkan sudah pun berjaya menyalurkan lebih kurang RM1.6 bilion setakat ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/12Sahabatjutawan/Article/index_html
Published: September 19, 2012

Ketua Pegawai Operasinya, Halid Hasbullah Boestamam berkata, selain memfokus untuk membantu lebih ramai Sahabat AIM yang sedia ada dan baru dari segi kredit, pihaknya juga mempunyai perancangan untuk mencapai 55 peratus pelepasan taraf miskin tegar daripada keseluruhan jumlah ahlinya menjelang lima tahun dari sekarang.

Katanya, jika mengikut purata tahunan yang boleh dicapai oleh AIM adalah 10 hingga 20 peratus setahun dengan mengambil kira pendapatan Sahabat yang mencecah lebih RM3,500 sebulan.

“Lebih membanggakan, menerusi saluran pembiayaan yang diberi AIM, kami berjaya melahirkan lebih 12 Sahabat yang mencapai taraf jutawan dan jumlah itu berdasarkan rekod yang kami ada. “Malah, matlamat utama kami adalah ingin melahirkan lebih ramai usahawan yang mencapai taraf jutawan dengan sekurang-kurangnya 100 jutawan Sahabat AIM menjelang 2020,” katanya.

Menurutnya, selain itu, AIM juga akan memperkenalkan beberapa inisiatif baru sempena 25 tahun AIM beroperasi serta strategi yang boleh dimanfaatkan bukan saja Sahabat, tetapi generasi kedua mereka.

No comments:

Post a Comment