Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hargaemasdijangkamelonjak/Article/index_html
Published: September 20, 2012
POH KONG Holdings Berhad menjangkakan harga emas mencecah RM6,121
setiap 28 gram tahun depan berikutan jumlah permintaan terus meningkat
sebaliknya pengeluaran terus berkurangan.
Pengarah Eksekutifnya, Ermin Siow berkata, permintaan terhadap emas
terus meningkat khususnya untuk emas yang dijadikan medium pelaburan.
“Emas untuk pelaburan dilihat semakin mendapat perhatian kerana lebih
ramai pelabur mula beralih untuk memilih emas sebagai pelaburan selepas
melihat peningkatan harga yang dicatatkan saban tahun,” katanya kepada
Bisnes Metro di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, jualan emas
mencatatkan sedikit penurunan kerana peningkatan harga dicatatkan tidak
ketara.
“Malah, ia turut menjejaskan penjualan emas
pelaburan kerana pelabur melihat ia bukan masa sesuai mendapatkan
emas,” katanya.
Siow berkata, Malaysia antara negara yang
menawarkan harga emas paling rendah dan ia secara tidak langsung
menjadikan Malaysia sebagai negara yang menjadi tumpuan di kalangan
pemborong emas di luar negara.
No comments:
Post a Comment