Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terimaaduan2_000pembelitertekan/Article/index_html
Published: October 11, 2012
KUALA LUMPUR: Lebih 1,500 pembeli dan perunding skim kedai emas
berinovasi, Genneva Sdn Bhd berkumpul di pekarangan Biro Aduan Komuniti
(BAK) Pemuda Umno di Solaris Dutamas, dekat sini, semalam, untuk meminta
pergerakan itu campur tangan bagi menyelesaikan isu berbangkit.
Ia susulan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) membekukan aset dan
akaun disita hasil serbuan dilakukan minggu lalu ke atas empat syarikat
bagi memudahkan siasatan.
Mereka berkumpul di sekitar
kawasan itu bermula jam 1 tengah hari dan berkesempatan bertemu
Pengerusi BAK, Datuk Muhd Khairun Aseh yang kemudiannya mengadakan
sidang media bagi menyatakan pendirian Pemuda berkaitan masalah itu.
Seorang perunding, Al Jazzura Khan berkata, ada antara mereka yang
terpaksa menanggung kerugian RM300,000 kerana sudah membayar, tetapi
tidak menerima emas berkenaan termasuk imbuhan dikenali sebagai hibah.
“Pembeli emas ini terdiri daripada golongan sederhana sehinggalah
mereka yang berstatus orang kenamaan. Jadi, jika ia dibekukan, bagaimana
dengan mereka yang bergantung kepada hibah ini setiap bulan,” katanya.
Dalam pada itu, Muhd Khairun berkata, bironya menerima aduan daripada
2,000 pembeli emas yang merasa tertekan dengan keadaan itu selain buntu
memikirkan status pelaburan mereka selepas segala aset berkenaan disita
BNM menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.
No comments:
Post a Comment