KUALA LUMPUR 24 Okt. - Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) hari
ini melancarkan skim pembiayaan mikro untuk pesara kerajaan, tentera
berpencen, isteri-isteri tentera dan peneroka-peneroka Felcra.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121024/ek_06/Bank-Muamalat-lancar-skim-pembiayaan-mikro
Published: October 25, 2012
Skim ini bertujuan menyediakan modal sebagai permulaan perniagaan,
menambah modal perniagaan atau untuk membesarkan lagi perniagaan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Musa Abdul Malek
berkata, dana pembiayaan ini akan diperoleh melalui dana usahawan
mikro yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.
"Dengan skim mikro ini, kami yakin akan dapat membantu pesara
kerajaan dan mereka yang terlibat dari segi kewangan untuk memulakan
perniagaan atau memperbesarkan lagi perniagaan masing-masing," katanya.
Tambah Musa, Bank Muamalat akan menyediakan skim pembiayaan mikro
dengan kadar faedah yang lebih berpatutan iaitu sebanyak 3.6 peratus
tetap setahun berbanding 5.25 peratus tetap setahun sebelum ini. -
UTUSAN
No comments:
Post a Comment