Thursday, October 25, 2012

Bank Muamalat yakin agih pinjaman melalui Skim Pembiayaan Mikro

KUALA LUMPUR - Bank Muamalat Malaysia Bhd optimis untuk mengagihkan RM20 juta pinjaman dalam tempoh setahun hingga setahun setengah melalui Skim Pembiayaan Mikro.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-muamalat-yakin-agih-pinjaman-melalui-skim-pembiayaan-mikro-1.97838
Published: October 25, 2012

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Musa Abdul Malek berkata skim tersebut disasarkan khas untuk pesara kerajaan/tentera berpencen, isteri-isteri tentera dan peneroka-peneroka FELCRA.
  
"Kami yakin mampu mencapai sasaran yang ditetapkan kerana kami tahu kumpulan sasaran kami."
  
"Di Malaysia, ada lebih kurang 800,000 pesara kerajaan yang berpencen di samping bilangan isteri-isteri tentera yang ramai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan "Skim Pembiayaan Mikro" di sini hari ini.
  
Musa berkata skim ini diadakan untuk menyediakan modal sebagai permulaan perniagaan atau untuk memperbesarkan lagi perniagaan, di mana dananya akan diperoleh dari "Dana Enterpris Mikro" yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.
  
"Mereka yang berminat boleh memohon pinjaman minimum RM5,000 hingga RM50,000 untuk tempoh pembiayaan selama enam bulan hingga lima tahun," kata Musa.
  
Beliau berkata melalui skim ini, Bank Muamalat menawarkan kadar faedah pinjaman yang berpatutan iaitu sebanyak 3.60 peratus setahun berbanding dengan 5.25 peratus setahun sebelum ini, yang ditawarkan melalui pembiayaan mikro untuk pesara kerajaan dan tentera.
  
Sementara itu, ditanya isu pengambilalihan Bank Muamalat oleh Affin Bank, beliau berkata kedua-dua pihak masih di peringkat perbincangan dan dijangka keputusan akan diketahui sebelum hujung tahun ini.  - Bernama

No comments:

Post a Comment