KUALA LUMPUR 30 Okt. - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mempercepatkan
siasatan ke atas syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd.,
dalam usaha menyelesaikan segera perkara itu.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121031/ek_03/BNM-percepatkan-siasatan-ke-atas-Genneva-Malaysia
Published: October 31, 2012
Kami mempercepatkan kesemua siasatan agar kami dalam menyelesaikannya dengan segera.
Kami tahu yang ramai penyimpan dan pelabur mahu tahu kesudahannya,
jadi, kami akan mempercepatkannya sebaik mungkin," kata Gabenor BNM, Tan
Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz kepada pemberita di luar majlis Kongres
Insurans Asia Timur ke-26 di sini.
Pada 1 Okt, pasukan polis, BNM dan Suruhanjaya Syarikat-syarikat
Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan telah membuat serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di
dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.
Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd, turut diserbu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment